Saturday, September 18, 2010

Perbezaan diantara Blog dan CMS


Salam...disini saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai perbezaan diantara CMS dan blog...Ini kerana, saya dapati ada diantara pembaca dan juga blogger yg kurang faham mengenai CMS ini semasa saya membuat pelancaran portal e-pendidikan cikgu2u.com.

CMS atau Content managements system / sistem pengurusan bahan amat berbeza dari blog...
sebagai cth, maths mozac dan joshuatly.com dimana blog hanya memaparkan maklumat dari penulis dan memaparkan keboleh memuat turun bahan dari blog yang ada, blog site adalah lebih tertumpu kepada penulisan individu atau pendapat serta ruang bagi sekumpulan organisasi bertukar-tukar maklumat yang dikehendaki.

manakalah CMS, seperti cikgu2u.com dan moodle adalah amat berbeza dari sistem blog, dimana CMS mempunyai engine bagi pengurusan sistem kuiz, latihan , rekod pelajar dan sistem pengurusan sekolah yang dijalankan secara automatik.



Kebolehan moodle amatlah luas tetapi ianya terbatas dimana penguna yang mempunyai latarbelakang pengaturcara sahaja boleh memaksimumkan pengunaan CMS ini, begitu juga penguna CMS ini harus mempunyai sedikit latarbelakang PNP dan latarbelakang mengajar supaya dapat menyampaikan bahan PNP kepada para pelajar dengan lebih berkesan.

99% penguna moodle dimalaysia, mengikut kajian sehingga blog ini ditulis tidak mengoptimumkan kemampuan moodle yang sebenar, terhad kepada penggunaan yang asas sahaja. Portal e-pendidikan cikgu2u dibangunkan mengikut acuan sistem pendidikan malaysia dan dioptimumkan pengunaan dan kemampuan enginenya.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, proses ini amatlah rumit dan memerlukan penglibatan pakar pengaturcara didalam membangunkan satu portal pengurusan yang effektif. Dalam kes pembangunan portal e-pendidikan cikgu2u.com, gabungan tenaga pakar didalam membangunkan platform ini dari 3 buah negara, US, UK dan Malaysia terlibat secara langsung didalam pembangunan platform ini.

CMS memainkan peranan penting didalam sistem pengurusan sekolah dimana data yang didapati boleh dianalisas serta boleh diserap dan digunakan bagi tujuan NKRA sekolah-sekolah dimalaysia, langkah ini didapat memudahkan tugas guru didalam mengurus dan mentadbir pengurusan rekod pelajar dimana kebolehan ini tidak mampu di uruskan oleh blog blog biasa.

No comments:

Post a Comment