Friday, October 21, 2011

Discount Khas..


Promosi!!!!! Potongan istimewa bagi rakan facebook cikgu2u...anda ingin melanggani portal cikgu2u.com... Discount khas untuk rakan facebook cikgu2u...sila msg kepada saya untuk mendapatkan discount khas berkenaan bagi kegunaan anak anda untuk tahun 2012....tarikh tamat promosi : 10 November 2011...

Pendaftaran Sebelum 25 Oktober 2011 : 50 % Discount
Pendaftaran Sebelum 28 Oktober 2011 : 30% Disco...unt
Pendaftaran Sebelum 5 November 2011: 20% Discount
Pendaftaran Sebelum 10 November 2011: 10% Discount

Promosi tamat pada 10 November 2011.....

Wednesday, October 12, 2011

Bantah Produk Fun and Friends sebagai produk Memperkasa Bahasa Inggeris


SHAH ALAM - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diminta membuat penilaian secara terperinci berhubung pemilihan perisian bahan pengajaran dalam makmal bahasa bagi program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Setiausaha Persatuan Kebajikan Islam Kota Damansara, Nizamodeen S.O.K Abdul Gaffor berkata, berdasarkan maklumat mengesahkan bahawa pihak kementerian telah ...menawarkan kontrak kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Hong Kong di mana perisian program yang ditawarkan tidak sesuai untuk para pelajar.

“Setelah diteliti dan dibuat kajian , produk yang bakal digunakan oleh KPM ini menggunapakai icon babi sebagai elemen di dalam perisian itu.

“Malah, keseluruhan program ini tidak menggambarkan budaya tempatan dan tidak sama sekali mengikut silibus yang ditetpkan oleh KPM,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, timbul persoalan di mana KPM masih memberi kontrak kepada syarikat tersebut kerana menurut sumber pada dasarnya syarikat yang ditawarkan projek ini telah ditolak pada peringkat rintis, tidak berpengalaman di bidang pendidikan dan juga latihan serta tidak mempunyai portal syarikat.

“Sedangkan syarat tender merujuk kepada syarikat yang berpengalaman serta telah menguji lari produk tersebut di Malaysia.

“Tanpa prejudis terhadap kebebasan beragama di negara ini, akan tetapi bertentangan dengan budaya majority serta agama Islam sebagai agama rasmi, banyak unsure- unsure Kristian diterapkan di dalam video pengajaran itu,” katanya.

Beliau berkata, oleh sebab program ini jauh tersasar daripada matlamat yang ingin dilaksanakan oleh KPM sama ada dari segi silibus ataupun budaya, maka ia dianggap tidak sesuai dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia dan perlu ditarik balik kontraknya.

“Kita membuat bantahan awal setelah mendapat maklumat dan membuat kajian terperinci berhubung perkara ini kerana khuatir meninbulkan kontroversi jika ianya diaplikasi kelak,” katanya.

Nizamodeen berkata, beliau telah menghantar surat bantahan mengenai perkara ini kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 4 September lalu dan turut disampaikan kepada Pemuda Umno tindakan segera.

Sunday, December 19, 2010

New report Kad Design

Walaa... design baru student report..leh masuk ker...moodle based..


Saturday, December 11, 2010

Sistem pengurusan e-Report Kad

Sistem pengurusan pelajar berasaskan moodle..pernahkah anda terfikir bahawa moodle mampu menguruskan sistem laporan pelajar secara effektif...mampukah moodle bertindak sebaris dengan CMS yang ada di malaysia seperti skor A, Zoom-A, berita harian online education, tutur online...

Di Cikgu2u.com, moodle di Inovasi supaya ianya sesuai dengan kehendak sistem pelajaran malaysia dan sesuai dengan masyarakat disini..

Jadi...apa yang terbaru dan apa yang menariknya tentang sistem e-pendidikan cikgu2u...

sistem student extended report mampu menjana kad laporan pelajar secara online..

sistem ini mampu menjana laporan dari guru kelas berkaitan dengan subjek yang diambil...laporan dari guru besar dan juga laopran aktiviti ko-kurikulum...juga dimuatkan laporan kehadiran pelajar...laporan ini juga boleh diemail secara terus kepada ibubabapa..
cth email yg diterima oleh ibubapa berkaitan perkembangan anak2 mereka....

Saturday, September 18, 2010

Perbezaan diantara Blog dan CMS


Salam...disini saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai perbezaan diantara CMS dan blog...Ini kerana, saya dapati ada diantara pembaca dan juga blogger yg kurang faham mengenai CMS ini semasa saya membuat pelancaran portal e-pendidikan cikgu2u.com.

CMS atau Content managements system / sistem pengurusan bahan amat berbeza dari blog...
sebagai cth, maths mozac dan joshuatly.com dimana blog hanya memaparkan maklumat dari penulis dan memaparkan keboleh memuat turun bahan dari blog yang ada, blog site adalah lebih tertumpu kepada penulisan individu atau pendapat serta ruang bagi sekumpulan organisasi bertukar-tukar maklumat yang dikehendaki.

manakalah CMS, seperti cikgu2u.com dan moodle adalah amat berbeza dari sistem blog, dimana CMS mempunyai engine bagi pengurusan sistem kuiz, latihan , rekod pelajar dan sistem pengurusan sekolah yang dijalankan secara automatik.



Kebolehan moodle amatlah luas tetapi ianya terbatas dimana penguna yang mempunyai latarbelakang pengaturcara sahaja boleh memaksimumkan pengunaan CMS ini, begitu juga penguna CMS ini harus mempunyai sedikit latarbelakang PNP dan latarbelakang mengajar supaya dapat menyampaikan bahan PNP kepada para pelajar dengan lebih berkesan.

99% penguna moodle dimalaysia, mengikut kajian sehingga blog ini ditulis tidak mengoptimumkan kemampuan moodle yang sebenar, terhad kepada penggunaan yang asas sahaja. Portal e-pendidikan cikgu2u dibangunkan mengikut acuan sistem pendidikan malaysia dan dioptimumkan pengunaan dan kemampuan enginenya.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, proses ini amatlah rumit dan memerlukan penglibatan pakar pengaturcara didalam membangunkan satu portal pengurusan yang effektif. Dalam kes pembangunan portal e-pendidikan cikgu2u.com, gabungan tenaga pakar didalam membangunkan platform ini dari 3 buah negara, US, UK dan Malaysia terlibat secara langsung didalam pembangunan platform ini.

CMS memainkan peranan penting didalam sistem pengurusan sekolah dimana data yang didapati boleh dianalisas serta boleh diserap dan digunakan bagi tujuan NKRA sekolah-sekolah dimalaysia, langkah ini didapat memudahkan tugas guru didalam mengurus dan mentadbir pengurusan rekod pelajar dimana kebolehan ini tidak mampu di uruskan oleh blog blog biasa.

Saturday, September 11, 2010

Plugin Terbaru "Progress Pelajar"

Didalam portal cikgu2u. Moodle dibina dan diolah supaya ianya mudah digunakan dan
user friendly..

Laporan pelajar dapat dilihat berasaskan beberapa kategori...


Friday, September 10, 2010

PENGURUSAN REKOD, AKTIVITI DAN BUKU GRED PELAJAR

Selepas menamatkan bab ini, anda seharusnya boleh:

• Mendaftarkan pelajar ke dalam kursus
• Membahagikan pelajar kepada kumpulan
• Menyemak log aktiviti pelajar
• Mengurus buku gred

Pengenalan

LMS menyediakan beberapa kemudahan yang membolehkan anda menguruskan pelajar bagi satu
kursus secara efektif seperti menambah dan memadam pelajar, menguruskan kumpulan pelajar,melihat log aktiviti dan menguruskan buku gred mereka. Berikut dijelaskan sebahagian daripada kemudahan pengurusan tersebut.

Mendaftarkan Pelajar ke Dalam Kursus
1. Terdapat 3 cara untuk mendaftarkan pelajar ke dalam kursus:
• Pendaftaran oleh pentadbir sistem
• Pendaftaran oleh pelajar sendiri
• Pendaftaran oleh pengajar
Berikut dijelaskan bagaimana seorang pengajar boleh mendaftarkan pelajar ke dalam kursus
kendalian masing-masing.

2. Klik pautan Assign roles pada blok Site Administration



Sambung.....next week